Tuesday 11 March 2014

Ke Manakah MH370?

haii, berkaitan dengan tittle diatas, saya pasti semua orang pasti tertanya tanya misteri kehilangan pesawat MAS MH370. Almost 72 hours but yet there's still no news about that missing plane. Dan saya pasti semua rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik agar pesawat tersebut dijumpai. Pelbagai andaian dan kemungkinan ditafsirkan dari pelbagai pihak. Salah satu spekulasi yang dinyatakan ialah pesawat tersebut telah di hijacked. Saya bukanlah orang cerdik pandai untuk mentafsirkan andaian tersebut. Cuma apa yang ingin saya luahkan disini jika benar pesawat tersebut di hijacked , siapakah yang tergamak melakukan sedemikian rupa ? tidak tercuitkah di hati si perancang perasaan prikemanusiaan? Tiada nilaikah nyawa manusia pada mata mereka ? Selain itu, wujud juga sesetengah manusia yang langsung tidak menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu ini. Mungkin kerana tidak terkena pada diri sendiri? Lebih parah lagi apabila ada sesetengah pihak yang mempersendakan kehilangan pesawat tersebut. apakah sudah kehilangan akal dan fikiran hinggakan benda seperti itu boleh dijadikan bahan gurauan ! Tak pernah kah mereka terfikir jika mereka berada di tempat keluarga keluarga penumpang? Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa dan berharap agar pesawat tersebut berjaya ditemui dan semua penumpang selamat. amin.