Tuesday 27 May 2014

CINTA DAN PELAJAR UNIVERSITI

Bila disebut mengenai cinta, masing masing ada pandangan tersendiri. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang membantah sikap sesetengah pelajar universiti yang bercinta sewaktu di alam universiti

Jika ditanya pendapat saya, saya lebih berfikiran terbuka dalam soal ini. Kerana pada saya setiap orang bebas untuk memiliki rasa cinta tersebut asal kan mereka tahu mengimbangi emosi dan pelajaran mereka. Tidak kurang juga ada pelajar-pelajar universiti yang memilih untuk berkahwin di usia muda. Itu juga tidak menjadi masalah jika kedua-dua pihak telah bersedia memikul tanggungjawab.

Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan ialah keikhlasan , tanggungjawab dan kerpercayaan. Tanpa tiga tiang utama ni maka porak peranda laa sebuah hubungan yang dibina. Ibarat kata orang tua cinta itu tidak buta tetapi manusia yang buta dalam menilai cinta

No comments:

Post a Comment