Thursday 1 May 2014

Women And Shoes







Hi guyssss

Pernah dengar perkataan platform shoes , wedges , pump shoes stilletos and others ? Those words are few types of women's shoes. Haaa banyak kann jenis kasut kasut perempuan ni :D so for this entry i'll show you guys different kind of women's shoes.

1. Pump


Kasut ini ada pelbagai jenis ketinggian. Ciri utama kasut ini ialah bertutup dihadapan dan belakang kasut. One thing pasal pump shoes ni dia punya bahagian depan tu adalah jenis low cut. Kasut ini lebih kepada gaya formal, sesuai untuk ke tempat kerja, interview dan majlis-majlis rasmi.
2.Ankle straps

Ankle Straps mempunyai tali yang dililit di sekeliling buku lali. Straps yg dililit biasanya menggunakan material macam reben, renda dan bahan-bahan lain. Kalau tak ada lilitan, bukan ankle straps lah namanya.




3. Platform shoes

Juga dikenali sebagai Disco Boots adalah kasut, kasut bυt, atau sandal dengan tapak tebal sekurang-kurangnya 4 inci tinggi, sering diperbuat daripada gabus, plastik, getah, atau kayu (kasut platform yang bertapak kayu secara teknikal juga adalah terompah).Ianya telah digunakan di berbagai budaya sejak zaman kuno. 


                                             

4. Stiletto

Stiletto ni kasut dia lebih kurang macam pump shoes tapi stiletto ni lagi tinggi and rumit dia sharp and lagi membuatkan si pemakai tu nampak tinggi gituu.

                                             

5. Peep toe

haa peep toe ni dia tak tertumpu pada tumit tapi pada bahagian depan kasut tu. Bahagian depan dia ada bukaan sedikit sahaja yang boleh menampakkan hujung jari kaki sahaja.

                                                              

6. Wedges

Wedges ni rasanya semua orang tahu kot. Sebab ramai orang suka pakai kasut tinggi style wedges ni sebab beranggapan lebih stabil dan tak terlalu menyakitkan. Tapi ada kajian yang mengatakan sama je kesan pakai wedges dengan jenis heels lain ni. :D Wedges ni senang je nak kenal dia. Tapak dia rata dari bahagian depan sampai laaa ke belakang tapi semakin meninggi di bahagian belakang. Nak lagi faham tengok gambar.

                                                         

Rasanya tu je kot yang nak dikongsikan untuk entry ni. Sebenarnya banyak lagi jenis kasut perempuan ni tapi ni hanyalah yang jenis kasut bertumit tinggi. Antara kasut yang ada ialah flat, mary jane, sneakers, ballets, boots, sandals dan banyak lagi. Banyak kan? Tu baru kasut, kalau dress pulak lain cerita dia ada evening dress, maxi dress dan macam macam lagi. Kalau handbag pon sama. So sampai sini sahaja cerita pasal kasut :D



No comments:

Post a Comment